900 petroglif di tapak ukiran batu Al Jassasiya

900 petroglif di tapak ukiran batu Al Jassasiya

PAKAR menyifatkan ukiran batu di Al Jassasiya adalah unik di lokasi tersebut. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Sekumpulan arkeologi menemukan sejumlah 900 ukiran batu atau `petroglif’ di tapak ukiran batu Al Jassasiya di timur laut Qatar.

Al Jassasiya merupakan tapak seni batu yang amat penting dan terbesar di negara Teluk itu. 

Lapor CNN, kebanyakan seni batu prasejarah yang misteri itu ditemukan tersusun dalam pelbagai corak termasuk barisan dan roset.

Malah, gambaran kapal layar yang menarik perhatian antara simbol lain turut ditemukan di tapak berkenaan.

Ketua ekskavasi dan pengurusan tapak di Muzium Qatar, Ferhan Sakal menyifatkan beberapa petroglif ditemukan itu amat unik. 

“Walaupun seni batu merupakan perkara biasa di Semenanjung Arab, beberapa ukiran di Al Jassasiya adalah unik dan tidak boleh ditemukan di tempat lain.

“Ukiran ini melambangkan tahap kreativiti dan kemahiran pemerhatian yang tinggi oleh artis yang menghasilkannya.

“Ia turut menunjukkan pemikiran abstrak kerana mereka tidak dapat melihat dhow (kapal tradisional) dari atas,” katanya sambil merujuk kepada petroglif kapal.

Dilaporkan, terdapat kira-kira 12 tapak petroglif yang terkenal di Qatar yang sebahagian besar terletak di sepanjang pesisir negara itu.  

Tapak Al Jassasiya yang terletak berhampiran pelabuhan lama Al Huwaila, ditemukan pada tahun 1957.

Sebuah pasukan diketuai oleh ahli arkeologi Holger Kapel dan anaknya, Hans Kapel menjalankan kajian yang mendokumentasikan keseluruhan tapak menerusi rakaman gambar dan lukisan.

Kajian itu mengambil masa lebih enam minggu pada akhir tahun 1973 dan awal 1974.     

Berdasarkan semua ukiran batu didokumenkan, lebih satu pertiga terdiri daripada seni batu prasejarah dalam pelbagai konfigurasi, bentuk dan saiz. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya