Wanita Texas jadi DJ paling lama di dunia

Wanita Texas jadi DJ paling lama di dunia

MARY McCoy menerima pengiktirafan Rekod Dunia Guinness sebagai penyampai radio atau DJ paling lama berkhidmat di dunia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HOUSTON: Seorang wanita dari Texas di Amerika Syarikat (AS) yang berkecimpung dalam bidang penyampaian radio lebih 71 tahun dianugerahkan Rekod Dunia Guinness bagi tempoh perkhidmatannya di industri penyiaran.    

Lapor portal UPI, Rekod Dunia Guinness menobatkan Mary McCoy sebagai penyampai radio atau DJ paling lama berkhidmat di dunia.

McCoy menerima pengiktirafan itu apabila tempoh perkhidmatannya dalam industri penyiaran disahkan selama 71 tahun dan 357 hari pada 15 Februari lalu.

Menurut McCoy, dia memulakan kerjayanya sebagai penyampai radio lima hari seminggu sejak berusia 12 tahun lagi.

“Sejak kecil lagi, impian saya adalah untuk menceburi industri hiburan.

“Malah, kerjaya saya bermula ketika menyanyi di satu pertunjukan bakat, dari situ saya diminta melakukan uji bakat untuk sebuah rancangan radio.

“Mereka menyukai uji bakat itu dan saya ditawarkan bekerja di Radio KMCO pada 20 April 1951 dengan melakukan program nyanyian selama 15 minit,” katanya. 

McCoy yang kini berusia 85 tahun masih menjadi penyampai radio bagi rancangan Country Classics yang bersiaran dua jam selama enam hari seminggu di KVST K-Star Country di Huntsville.

Selain menjadi penyampai radio, McCoy juga mempunyai kerjaya lain iaitu sebagai pemuzik.

Dilaporkan, McCoy pernah berkongsi pentas dengan mendiang legenda rock n roll Elvis Presley dengan menyanyikan beberapa lagu pada tahun 1955.      

Sementara itu, Rekod Dunia Guinness memaklumkan McCoy berjaya mengatasi rekod lebih tiga tahun yang dicatatkan sebelum ini.       

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya