Ukraine berdepan serangan terbesar - Utusan Malaysia

Ukraine berdepan serangan terbesar

KYIV: Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dan bekalan tenaga di loji nuklear terbesar Eropah terputus selepas Russia melancarkan peluru berpandu di seluruh Ukraine.

Lapor BBC, serangan yang disfatkan terbesar itu melanda bandar-bandar dari Kharkiv di utara hingga Odesa di selatan, Zhytomyr di barat serta ibu kota Kyiv.

Bangunan dan infrastruktur terjejas di Kharkiv dan Odesa dengan bekalan elektrik terputus di beberapa kawasan.

Ukraine berkata, Russia melepaskan 81 peluru berpandu yang merupakan serangan terbesar dalam beberapa minggu.

Tentera Ukraine mendakwa berjaya menembak jatuh 34 peluru berpandu dan empat daripada lapan dron Shahed buatan Iran turut ditembak.

Gabenor Lviv, Maksym Kozytskyi berkata, sekurang-kurangnya lima orang terbunuh selepas roket memusnahkan rumah mereka di barat Ukraine.

Menurut Ketua Staf Ukraine, Andriy Yermak, serangan Russia turut membunuh tiga orang di bandar selatan Kherson selepas sebuah perhentian pengangkutan awam dibedil peluru berpandu.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN