Serah diri selepas tikam isteri hingga mati - Utusan Malaysia

Serah diri selepas tikam isteri hingga mati

LELAKI dari Kupang menyerah diri di balai polis selepas isteri yang ditikam bulan lalu meninggal dunia di hospital.-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUPANG: Seorang penduduk daerah Kota Raja di Nusa Tenggara Timur tampil menyerah diri di Balai Polis Kupang selepas bertindak kejam menikam isterinya menggunakan pisau hingga mati.

Lapor Kompas.com, lelaki berkenaan dilaporkan melarikan diri selama lebih tiga minggu selepas menikam isterinya bertubi-tubi ketika di rumah mereka di Kupang pada 19 Februari lalu.

Menurut Ketua Polis Oebobo, Ricky Dally, lelaki tersebut dilaporkan menuju ke kawasan ibu kota Kefamenanu di Timor Tengah Utara (TTU) selepas melakukan perbuatan itu.

“Dia kemudian berpindah ke ibu kota Atambua di wilayah Belu apabila lokasinya di Kefamenanu diketahui polis.

“Di Atambua, lelaki itu mulanya mahu bekerja di projek pembinaan yang berada di belakang Briged Bergerak Belu namun akhirnya berubah fikiran. Dia kemudian pulang ke Kupang dan menyerah diri di balai polis petang kelmarin,” kata Ricky. 

Sementara itu, isterinya yang mengalami kecederaan parah akibat empat tikaman di perut, dilaporkan meninggal dunia Sabtu lalu setelah menjalani rawatan intensif di Hospital Besar WZ Johannes Kupang. 

Jenazah wanita diserahkan kepada keluarga dan selamat dikebumikan kelmarin.

Ricky berkata, lelaki tersebut sudah dinamakan sebagai suspek dan ditahan di penjara Balai Polis Oebobo selama 20 hari sebelum dihadapkan ke Mahkamah.

Suspek didakwa di bawah akta Penghapusan Kekerasan Dalam Rumah Tangga yang membawa hukuman penjara melebihi lima tahun jika disabit kesalahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya