Sembilan maut dalam serangan Russia di dua bandar Ukraine

Sembilan maut dalam serangan Russia di dua bandar Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RZHYSHCHIV: Sekurang-kurangnya sembilan orang maut dan puluhan lagi cedera akibat siri serangan udara Russia di dua bandar di Ukraine.

Siri serangan dron yang berlaku awal pagi memusnahkan dua bangunan asrama dan sebuah sekolah menengah di Rzhyshchiv sehingga mengakibatkan sekurang-kurangnya lapan orang maut dan tujuh lagi cedera.

Pasukan perkhidmatan kecemasan menerusi Facebook memaklumkan seorang berjaya diselamatkan dari lokasi kejadian dan empat orang dipercayai terperangkap dalam runtuhan bangunan.

Jelasnya, operasi menyelamat masih sedang diteruskan.

Ketua polis wilayah Andrii Nebytov berkata, seorang pemandu ambulans yang bergegas ke tempat kejadian, merupakan antara mangsa yang maut.

Beberapa jam kemudian, dua bangunan kediaman dilaporkan musnah dalam serangan peluru berpandu di bandar tenggara Zaporizhzhia.

Menurut pihak berkuasa, sekurang-kurangnya seorang terkorban manakala 33 cedera dan sudah dibawa ke hospital.

Sementara itu, tentera Ukraine memaklumkan pihaknya berjaya menumpaskan 16 daripada 21 dron buatan Iran yang dilancarkan oleh Russia. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya