Saintis keluarkan panduan kelangsungan hidup elak bencana iklim - Utusan Malaysia

Saintis keluarkan panduan kelangsungan hidup elak bencana iklim

SAINTIS dari Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim bertemu di Switzerland di mana glasier sedang mencair dan berisiko menenggelamkan beberapa bandar di dunia. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERN: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menyifatkan laporan terbaharu utama mengenai perubahan iklim sebagai panduan kelangsungan hidup untuk manusia.

Menurut laporan tersebut, tenaga dan teknologi bersih boleh dieksploitasi untuk mengelakkan bencana iklim yang semakin meningkat.

Tetapi pada mesyuarat di Switzerland untuk mendapatkan persetujuan dengan kandungan laporan tersebut, saintis iklim memberi amaran matlamat utama mengenai suhu global mungkin tidak mampu dilaksanakan.

Laporan penting itu juga membentangkan bagaimana pengurangan pantas terhadap penggunaan bahan api fosil dapat mengelakkan kesan terburuk perubahan iklim.

“Terdapat peluang yang semakin sukar untuk menjamin masa depan yang boleh didiami dan mampan untuk semua,” kata laporan itu.

Laporan daripada Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim yang juga badan saintifik untuk menasihati PBB mengenai peningkatan suhu itu dipersetujui oleh semua kerajaan yang terlibat.

Kajian baharu dalam laporan tersebut bertujuan untuk menghuraikan beberapa penemuan penting mengenai punca, kesan dan penyelesaian kepada perubahan iklim yang dikeluarkan sejak 2018.

Menjelang 2100 banjir pantai melampau yang pernah berlaku sekali dalam satu abad dijangka berlaku sekurang-kurangnya setiap tahun di separuh daripada lokasi pasang surut dunia, tempat di mana rakaman paras laut dibuat.

Bagaimanapun menurut laporan tersebut, saintis optimis perubahan dramatik boleh dicapai dengan cepat, berikutan kejatuhan besar-besaran harga tenaga yang diperbuat daripada solar dan angin.

Saintis juga berpendapat, perubahan yang didorong oleh pengguna dari segi diet, sisa makanan dan peralihan kepada pengangkutan karbon rendah boleh mencapai pengurangan ketara dalam pelepasan daripada banyak sektor.

Tetapi laporan itu juga mengakui bahawa selain mendapatkan pelepasan karbon sifar bersih secepat mungkin, penggunaan teknologi penyingkiran karbon dioksida secara besar-besaran akan diperlukan.

Sebagai tindak balas kepada penemuan itu, Guterres menegaskan, semua negara harus mengemukakan rancangan pelepasan karbon sifar bersih atau ‘net-zero emissions’ mereka dalam tempoh satu dekad. 

Kerajaan United Kingdom (UK) turut berpendapat, laporan itu menjelaskan bahawa setiap negara mesti berusaha ke arah komitmen iklim yang jauh lebih bercita-cita tinggi menjelang sidang kemuncak iklim PBB COP28 pada bulan November.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.