Murung selepas perintah berkurung Covid-19

Rakyat Shanghai murung selepas sekatan pergerakan Covid-19

JALAN raya Shanghai hampir kosong pada April tahun lalu apabila penduduk dikurung di rumah mereka untuk membendung penularan Covid-19. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHANGHAI: Sekumpulan penyelidik menjalankan kajian me­ngenai implikasi perintah berkurung Covid-19 yang dikenakan terhadap penduduk Shanghai, China selama dua bulan bermula April 2022 dan mendapati wujud kesan kesihatan mental terutamanya kepada golongan dewasa dan pekerja asing di negeri itu.

Lapor South China Mor­ning Post, penyelidik-penyelidik ber­kenaan adalah dari Universiti New York (NYU) Shanghai, NYU New York, Universiti Sun Yat-sen di Guangzhou dan Universiti Carolina Utara.

Dalam laporan yang diperoleh hasil daripada kajian itu, mereka mendapati ia jauh lebih tinggi daripada anggaran kelaziman yang diperhatikan sebelum ini di Shanghai.

Mereka meninjau 3,230 penduduk di seluruh 16 daerah di bandar itu untuk kajian itu, bertanya kepada mereka tentang pengalaman semasa perintah berkurung selama dua bulan berkenaan.

Mereka mendapati kelaziman kes kemurungan adalah pada 26.1 peratus, kebimbangan adalah pada 20.1 peratus dan idea untuk membunuh diri 3.8 peratus.

Semua dapatan itu boleh didapati menerusi kertas kajian yang diterbitkan dalam Journal of Affective Disorders minggu lepas.

Mereka berkata, masalah kesihatan mental lebih kerap diperhatikan dalam kalangan kumpulan yang terdedah seperti pendatang asing dan dewasa dan mereka yang mempunyai pekerjaan yang tidak stabil.

Kajian itu juga mencadangkan bahawa keterjaminan makanan dikaitkan dengan peningkatan risiko keadaan kesihatan mental.

Semasa perintah berkurung, 66.4 peratus isi rumah yang di­tinjau melaporkan keterjaminan makanan yang sederhana atau teruk kerana sekatan yang keras mengganggu logistik dan rantai­an bekalan.

Pihak berkuasa Shanghai mengenakan perintah berkurung ke atas seluruh bandar yang mempunyai 25 juta penduduk itu bagi mengawal wabak Covid-19 yang terburuk sejak ia merebak.

Sekatan itu menyukarkan penduduk untuk mendapatkan makanan, ubat dan bekalan asas lain serta akses kepada rawatan perubatan dengan terdapat kumpulan yang terdedah seperti orang yang mempunyai masalah kesihatan mental ter­utamanya terjejas.

Seorang profesor kesihatan awam global di NYU Shanghai, Brian Hall berkata, walaupun wabak itu mencerminkan ketidaksamaan dalam kesihatan secara global, pasukan penyelidik juga ingin memahami corak gangguan mental dalam populasi untuk mengukuhkan perkhidmatan kesihatan mental untuk golongan yang paling terdedah.

Hall menjelaskan pasukan itu juga menjalankan kajian tambahan menggunakan data untuk meneroka taburan geospatial gangguan mental untuk me­ngenal pasti siapa yang pa­ling terjejas oleh keterjaminan makanan dan siapa yang cuba mendapatkan sokongan kesihatan mental dan daripada siapa.

Para penyelidik berkata, kajian mereka adalah kajian pertama dan satu-satunya yang diketahui yang mendokumentasikan beban kesihatan mental yang berkaitan dengan perintah berkurung

Shanghai, perintah berkurung seluruh bandar terbesar yang diketahui di dunia.

China dilaporkan membatalkan dasar keras perintah Sifar Covid pada bulan Disember lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya