Pesara rugi RM65,078 tarik bidaan di eBay - Utusan Malaysia

Pesara rugi RM65,078 tarik bidaan di eBay

MIKE Godden menunjukkan pita perakam vintaj yang dilelong di laman eBay.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Mahkamah Jerman memerintahkan seorang pesara Britain membayar ganti rugi berjumlah hampir 12,000 pound (RM65,078) kepada pembida eBay yang marah selepas dia bertindak menarik balik barang jualannya.

Lapor Mirror UK, Mike Godden, 72, mengiklankan pita perakam vintaj tahun 1970-an di tapak lelongan dan menjemput bidaan bermula pada harga serendah 99 pence (RM5.37).

Tawaran meningkat kepada 1,380 pound (RM7,494) tetapi pengurus studio muzik yang sudah bersara itu kemudian menyedari peranti tersebut rosak dan memutuskan untuk membatalkan penjualan berkenaan.

Seorang lelaki Jerman, yang berjaya memenangi bidaan ketika penyenaraian itu ditarik balik, kemudian menegaskan dia sepatutnya menjadi pemilik alat tersebut dan menuntut alat itu dihantar kepadanya.

Godden berkata, dia pada mulanya tidak mengendahkan mesej lelaki yang tidak berpuas hati itu kerana menyangkakan penamatan lelongan dibenarkan di bawah peraturan eBay.

Tetapi pembida tersebut membawa kes itu ke mahkamah di Jerman yang kemudian memutuskan bahawa undang-undang Kesatuan Eropah (EU) mengatasi prosedur eBay.

Keputusan itu menyebabkan Godden diperintahkan membayar 7,551 pound (RM40,984) untuk perakam pita baharu yang kemudian meningkat kepada £11,600 (RM62,917) bagi menampung yuran guaman pembeli dan kos bailif.

“Ini tindakan yang gila. Kes ini tidak  sepatutnya dibawa ke mahkamah,” kata Godden.

Perakam pita Studer A80 yang ditawarkan Godden adalah jenis yang sama digunakan oleh legenda rock Pink Floyd dalam album ikonik 1973 mereka bertajuk The Dark Side of the Moon.

Selepas terpaksa membayar ganti rugi tersebut, Godden kini menuntut eBay memulangkan semula nilai kerugian yang ditanggungnya itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya