Pesalah pedofilia terima hukuman pemandulan kimia - Utusan Malaysia

Pesalah pedofilia terima hukuman pemandulan kimia

DADAH jenis Medroxyprogesterone acetate (MPA) disuntik kepada banduan yang dikenakan hukuman pemandulan kimia.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATON ROUGE: Seorang penjenayah pedofilia di Louisiana yang disabitkan kesalahan diarahkan oleh hakim untuk menjalani kaedah kembiri atau pemandulan secara kimia sebelum dibebaskan dari penjara.

Lapor Mirror UK, Ryan Clark, 34, dari Amite, dijatuhi hukuman penjara 35 tahun selepas didapati bersalah atas beberapa pertuduhan termasuk merogol tahap kedua, mencabul seorang remaja dan jenayah seksual.

Hakim, Brian Ables turut memerintahkan Clark untuk tidak dibenarkan berhubung langsung atau mendekati mangsa, mendaftar sebagai pesalah seks seumur hidup, kehilangan semua hak sebagai bapa kepada semua kanak-kanak selain diberi suntikan pemandulan kimia apabila dibebaskan.

Kes Clark dibawa ke muka pengadilan pada Julai 2020 apabila Pejabat Syerif Tangipahoa menerima laporan mengenai tingkah laku tidak senonoh antara Clark dan seorang kanak-kanak bawah umur.

Berikutan laporan itu, kanak-kanak berkenaan ditemu bual di Pusat Advokasi Kanak-kanak di Hammond, di mana mereka memperincikan insiden tersebut.

Clark juga disabitkan sekali lagi pada 2015 atas kesalahan mencabul seorang remaja dan dijatuhi hukuman penjara 128 hari.

Pemandulan kimia pesalah seksual dilakukan dengan suntikan ubat antiandrogenik yang dipanggil Medroxyprogesterone acetate (MPA), yang menyekat dorongan seks lelaki.

Dadah itu sah di Louisiana pada 2008 selepas bekas Gabenor, Bobby Jindal menandatangani rang undang-undang untuk mengenakan rawatan dadah kepada mereka yang didapati bersalah atas jenayah tertentu termasuk mencabul remaja, merogol teruk, merogol secara paksa, penderaan seksual tahap kedua, sumbang mahram dan jenayah berat.

Suntikan diberikan sekurang-kurangnya seminggu sebelum pesalah seks yang disabitkan dibebaskan dari penjara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya