Pelabur asing dibenar untuk Lapangan Terbang Kertajati - Utusan Malaysia

Pelabur asing dibenar untuk Lapangan Terbang Kertajati

JOKOWI membuat lawatan di Lapangan Terbang Kertajati di Jawa Barat.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Presiden Joko Widodo (Jokowi) memberi kebenaran kemasukan pelabur asing untuk menyokong pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Jawa Barat (BIJB) atau disebut Lapangan Terbang Kertajati.

Beberapa syarikat dari Arab Saudi, India dan Singapura dilaporkan sudah menyatakan minat untuk melabur di lapangan terbang itu.

Perkara tersebut disampaikan Menteri Perhubungan, Budi Karya Sumadi dalam satu kenyataan akhbar di Kompleks Istana Presiden di Jakarta kelmarin. 

“Dengan kemampuan Kertajati, ramai pelabur asing yang mahu ikut serta Kita bersama-sama Kerajaan Wilayah Jawa Barat akan pantau apa yang akan dilakukan di sana. Sudah tentu apa yang dilakukan mengikut peruntukan yang ditentukan. 

“Sehingga kini proses yang dijalankan hanya sampai ke peringkat penerokaan, jadi belum dapat dipastikan skim pelaburannya sama ada ekuiti, usaha sama atau pembelian saham,” jelasnya.

Bagaimanapun, Jokowi turut memberi amaran bahawa semua pelabur asing mesti mematuhi semua peraturan yang sudah ditetapkan.

“Ingat, ada peraturan yang mesti dipatuhi, tidak boleh lari dari situ. Saya juga sudah beberapa kali berjumpa dengan Gabenor Jawa Barat,   Ridwan Kamil untuk membincangkan perkara ini supaya tidak berlaku pelanggaran berkaitan lalu lintas,” katanya.

Budi Karya juga percaya, dengan minat masyarakat luar negara, BIJB akan berkembang sebagai lapangan terbang berjenama antarabangsa.

Lapangan terbang itu juga akan dibangunkan untuk mengangkut kargo dan juga menjadi pusat bengkel penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih pesawat.

“Jokowi sangat setuju Kertajati boleh dijadikan pusat penyelenggaraan pesawat dan juga untuk kargo kerana terletak berhampiran dengan Pelabuhan Patimban,” tambahnya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya