Patung disangka mayat - Utusan Malaysia

Patung disangka mayat

PENDUDUK panik selepas melihat objek seperti mayat manusia terapung di terusan Canal Road di Ontario.-AGENSI

ONTARIO: Polis di Ontario bersama sepasukan penyelam bergegas ke Canal Road selepas menerima laporan penduduk yang panik melihat objek seperti mayat manusia terapung di kawasan terusan di Bradford West Gwillimbury kelmarin. 

Namun selepas membuat pencarian di lokasi berkenaan, mayat yang dikatakan itu sebenarnya hanyalah  patung manusia yang terapung. 

Polis South Simcoe berkata, pegawai menjawab laporan mengenai mayat terapung di terusan berhampiran  Pumphouse pada petang Rabu lalu.

“Unit Penyelam Polis Wilayah York dikerahkan ke tempat kejadian dan penyelam berjaya mendapatkan objek itu.

“Tiada kebimbangan tentang sebarang perbuatan jenayah pada masa ini,” kata polis dalam catatan di Facebook.

Sehingga kini, tidak diketahui bagaimana patung besar itu berada di kawasan terusan tersebut.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN