Pandemik Covid-19 mungkin berakhir tahun ini, dianggap

Pandemik Covid-19 mungkin berakhir tahun ini, dianggap sebagai selesema – WHO

MICHEAL RYAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan pandemik Covid-19 berpotensi mereda pada tahun ini sehingga suatu tahap ia menular seperti selesema.

Pengarah Kecemasan WHO, Michael Ryan berkata, pihaknya yakin dapat menamatkan darurat pada tahun ini serta berharap fasa pandemik bagi jangkitan virus itu akan berakhir.

Minggu lalu menandakan sudah tiga tahun WHO mengisytiharkan jangkitan virus itu sebagai pandemik walaupun ketuanya, Tedros Adhanom Ghebreyesus menegaskan semua negara seharusnya sudah mengambil tindakan membendung penularannya beberapa minggu sebelum itu.

“Saya rasa kita akan sampai ke satu tahap yang mana kita boleh melihat Covid-19 ini sebagai satu influenza yang bermusim.

“Virus itu akan memberi ancaman kepada kesihatan malah akan terus membunuh.

“Namun, saya percaya pada suatu masa virus ini tidak lagi akan mengganggu masyarakat kita atau sistem hospital seperti disuarakan ketua WHO sebelum ini,” katanya dalam sidang akhbar.

Sebelum ini, Ghebreyesus memaklumkan dunia ketika ini berada dalam kedudukan yang jauh lebih baik berbanding semasa wabak itu menular. 

“Saya yakin tahun ini, kita akan dapat mengisytiharkan bahawa Covid-19 sudah berakhir sebagai kecemasan kesihatan awam bagi kebimbangan antarabangsa (PHEIC),” katanya. – AFP   

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya