Lepuh kanser kulit Biden berjaya dikeluarkan

Pakar sahkan lepuh kanser kulit Biden berjaya dikeluarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Lepuh kulit kanser di dada Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, 80, berjaya dikeluarkan di sebuah pusat perubatan tentera pada 16 Februari lalu.

Lapor Al Jazeera, doktor peribadinya, Dr. Kevin O’Connor mendedahkan, lepuh itu dikesan semasa pemeriksaan perubatan rutin dan mendapati ia merupakan karsinoma sel basal yang tidak cenderung untuk merebak.

Katanya, semua tisu kanser juga berjaya dikeluarkan dalam rawatan itu.

“Tiada rawatan lanjut diperlukan,” katanya dalam laporan yang dibentangkan di White House Jumaat lalu.

Biden, orang tertua pernah menjadi presiden AS dijangka mengisytiharkan bertanding untuk pemilihan semula Presiden pada 2024 dan kesihatannya kini dalam pengawasan pakar perubatan.

Menurut laporan perubatan, lepuh tersebut dikeluarkan semasa pemeriksaan perubatan tahunan Biden pada 16 Februari lalu dan selepas itu, presiden diisytiharkan sesuai untuk bertugas.

Biden dilaporkan menyelesaikan satu siri ujian perubatan yang dimulakannya tahun lalu di Pusat Perubatan Tentera Nasional Walter Reed, sebuah kompleks di pinggir bandar Washington.

O’Connor menulis dalam laporan bahawa Biden menghabiskan banyak masa di bawah sinar matahari pada masa mudanya, namun, dia dirawat secara berkala untuk membuang kanser kulit dan ia bukan melanoma setempat.

“Tapak biopsi sudah sembuh dengan baik dan presiden akan meneruskan pengawasan dermatologi sebagai sebahagian daripada penjagaan kesihatan komprehensifnya yang berterusan.

“Presiden Biden kekal sebagai lelaki yang sihat, bertenaga, berumur 80 tahun yang layak untuk melaksanakan tugas-tugas presiden dengan jayanya termasuk sebagai Ketua Eksekutif, Ketua Negara dan Panglima Tertinggi,” kata O’Connor dalam laporan berkenaan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.