Korea Utara uji peluru berpandu dari kapal selam - Utusan Malaysia

Korea Utara uji peluru berpandu dari kapal selam

DUA peluru berpandu dari kapal selam dilancarkan di lokasi yang tidak didedahkan di Korea Utara.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Korea Utara menguji dua peluru berpandu strategik dari sebuah kapal selam ketika latihan ketenteraan antara Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan bermula.

Lapor agensi berita KCNA,  pelancaran itu mengesahkan kebolehpercayaan sistem dan menguji operasi serangan di dalam air unit kapal selam yang membentuk sebahagian daripada pencegahan nuklear Korea Utara.

Ketua Turus Bersama Korea Selatan berkata, tenteranya berada dalam keadaan berjaga-jaga dan agensi perisikan negara itu sedang bekerjasama dengan rakan sejawatannya dari AS untuk menganalisis butiran pelancaran itu.

Tentera Korea Selatan dan AS dijadualkan memulakan latihan bersama selama 11 hari yang digelar ‘Freedom Shield 23’ semalam.

Pelancaran kapal selam itu bertujuan untuk menunjukkan keazaman Korea Utara mengawal situasi selepas KCNA mendakwa imperialis AS dan pasukan boneka Korea Selatan semakin tidak berselindung dalam gerakan ketenteraan anti-Korea Utara mereka.

Lapor KCNA, peluru berpandu  strategik itu ditembak dari kapal selam 8.24 Yongung di perairan pantai timur Korea pada awal pagi kelmarin.

Peluru berpandu itu bergerak kira-kira 1,500 kilometer sebelum mengenai sasaran di laut.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya