Indonesia rancang import 500,000 tan beras lagi

Indonesia rancang import 500,000 tan beras lagi

ZULKIFLI Hasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kerajaan Indonesia dikatakan merancang untuk mengimport lagi 500,000 tan beras dalam usaha menjamin kecukupan bekalan negara.

Lapor Detikfinance, perkara itu didedahkan oleh Menteri Perdagangan, Zulkifli Hasan dalam satu pertemuan dengan Suruhanjaya VI Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia. 

“Dalam satu mesyuarat dipengerusikan oleh presiden semalam, dinyatakan bila-bila masa kita boleh menambah lagi 500,000 tan beras.

“Ini kerana stok di Agensi Logistik Negeri (BULOG) seharusnya mempunyai 1.2 juta tan beras namun ketika ini ia hanya memiliki 300,000 tan,” katanya.

Bagaimanapun, Zulkifli tidak menyatakan bila pengimportan beras akan dilakukan.

Namun, beliau mengakui dirinya secara peribadi tidak bersetuju dengan cadangan import berkenaan.

“Walaupun ia besar, saya sebenarnya tidak bersetuju dengan import itu tetapi saya tidak mempunyai pilihan lain.

“Semalam diputuskan untuk memulangkan semula 500,000 tan namun apabila ia diperlukan, kerana ketika ini adalah tuaian utama,” katanya.

Menurut Zulkifli, pilihan pengimportan itu muncul berikutan konflik Russia-Ukraine yang menyebabkan beberapa komoditi makanan menjadi semakin terhad.

“Oleh itu, kita terpaksa membeli terlebih dahulu walaupun hanya diperlukan kemudian. Jadi, kami akan membelinya dan meletakkan di tempat mereka.

“Apa yang pasti adalah pilihan import beras tidak dilaksanakan sekarang kerana Indonesia masih dalam tempoh penuaian utama,” katanya. 

Sebelum ini, kerajaan memutuskan untuk mengimport sejumlah 500,000 tan beras pada Disember tahun lalu.

Bekalan import beras itu dibawa masuk ke Indonesia secara berperingkat sehingga Februari lalu.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya