Gunung Merapi meletus lagi

Gunung Merapi meletus lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Gunung Merapi di Indonesia yang merupakan salah satu gunung berapi paling aktif di dunia, meletus lagi semalam dengan terus memuntahkan abu panas dan bahan volkanik lain.

Rakaman video menunjukkan lahar panas mengalir keluar dari kawah dengan abu mencapai 1,300 meter di atas puncak gunung.

Balai Cerap Gunung Berapi Merapi memuat naik rakaman video itu.

Gunung berapi itu masih memuntahkan lahar panas dan abu sehingga hari ini.

“Penduduk dijangka mengalami gangguan akibat abu dari letusan Gunung Merapi.

“Malah, orang ramai juga diminta berwaspada dengan aliran lumpur gunung berapi terutamanya ketika hujan di sekitar Merapi,” jelas agensi itu dalam kenyataan.

Minggu lalu, Gunung Merapi meletus dengan memuntahkan abu sehingga tujuh kilometer (km).

Balai Cerap Gunung Berapi Merapi menganggarkan abu panas itu mencapai 3,000 meter di atas puncak gunung.

Sekurang-kurangnya lapan kampung berhampiran gunung berapi terjejas akibat abu selepas letusan minggu lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.