Puluhan ribu pekerja pendidikan Los Angeles protes

Gaji rendah: puluhan ribu pekerja pendidikan Los Angeles protes

Puluhan ribu pekerja pendidikan di daerah Los Angeles memulakan mogok selama tiga hari bermula Selasa lalu. -AP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Puluhan ribu pekerja pendidikan di daerah kedua terbesar di Amerika Syarikat (AS), Los Angeles mengadakan protes untuk menuntut gaji dan tahap kebajikan kakitangan lebih tinggi.

Protes selama tiga hari bermula Selasa lalu dianjurkan oleh ahli Local 99 of Service Employees International Union yang mewakili kira-kira 30,000 pembantu guru, pembantu pendidikan khas, pemandu bas, penjaga dan kakitangan sokongan lain.

Pekerja menyertai barisan piket pada awal pagi di tengah-tengah cuaca ribut dengan beberapa orang memegang papan tanda bertulis, “Kami memastikan sekolah selamat, Hormati Kami!.”

Mereka disertai oleh guru sokongan yang juga bekerja di daerah itu termasuk lebih daripada 500,000 pelajar dari Los Angeles, California dan sebahagian daripada 25 bandar lain dan kawasan berdekatan.

“Kami sangat kekura­ngan kakitangan,” kata seorang pembantu pendidikan khas menerusi stesen berita tempatan KABC-TV, Danielle Murray.

Mogok itu ialah contoh terbaharu peningkatan aktiviti buruh di AS di mana pekerja merentas pelbagai sektor mencari pembaharuan gaji, faedah dan keadaan kerja yang lebih baik.

Ahli Kongres AS, Adam Schiff yang bertanding mewakili California di Senat AS menyatakan sokongannya terhadap mogok pekerja pendidikan dengan menyatakan bahawa pekerja dengan beberapa tanggungjawab terpenting di sekolah tidak sepatutnya hidup dalam kemiskinan.

Rundingan kontrak antara kesatuan dan kerajaan terhenti berikutan keengganan berun­ding dan terlepas peluang berkenaan.–AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya