Chalong pengarah TV tertua dunia - Utusan Malaysia

Chalong pengarah TV tertua dunia

CHALONG Pakdeevijit mewari bakat pengarahan filem dan televisyen daripada bapanya.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Karyawan Thailand berusia 91 tahun diiktiraf sebagai pengarah televisyen tertua di dunia oleh Guinness World Records selepas berjaya menyiapkan projek terbaharunya tahun lalu.

Pengarah filem dan televisyen, Chalong Pakdeevijit yang dikenali sebagai ‘raja aksi’ di Thailand menerima gelaran itu apabila drama bersiri 18 episod arahannya bertajuk Skyraider selesai ditayangkan tahun lalu.

Chalong yang dilahirkan pada 18 Mac 1931 memulakan kerjaya filemnya sebagai jurukamera pada tahun 1950.

Beliau mengarahkan filem pertamanya berjudul Jao Insee pada tahun 1968.

Pengarah itu mula menempa nama pada tahun 1970-an dan terkenal dengan siri filem aksi, Thong.

Jelas Chalong, beliau mewarisi bakat bapanya yang juga seorang pengarah serta penerbit filem dan semua abangnya juga bekerja dalam industri perfileman.

Chalong berbangga menerima gelaran itu ketika kerjayanya sebagai anak seni menjangkau lebih tujuh dekad dan kini dilaporkan sedang sibuk menyiapkan projek drama bersiri televisyen terbaharu arahannya bertajuk Kan Song Pandin.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya