Bunuh bapa tiri guna besi, geram ibu didera - Utusan Malaysia

Bunuh bapa tiri guna besi, geram ibu didera

PASUKAN Polis Soppeng membuat pemeriksaan di rumah yang menjadi lokasi pembunuhan di kampung Lapajung di Sulawesi Selatan.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang lelaki dari wilayah Soppeng di Sulawesi Selatan ditahan polis selepas bertindak kejam membunuh bapa tirinya yang sedang tidur dengan menggunakan sebatang paip besi. 

Menurut Detik.com, pembunuhan tersebut dilaporkan berlaku di kediaman mangsa di kampung Lapajung di daerah Lalabata petang Sabtu lalu.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Balai Polis Soppeng, AKP Irvan Fachri berkata, suspek yang berusia 21 tahun datang ke kediaman mangsa dengan membawa sebatan paip besi. 

Melihat mangsa yang ketika itu sedang tidur di ruang tamu, suspek terus menyerangnya dengan paip besi itu bertubi-tubi sehingga mangsa maut serta-merta di tempat kejadian.

“Suspek sememangnya datang dengan niat untuk bersemuka dengan mangsa.

“Melihat mangsa yang sedang berbaring di ruang tamu, suspek kemudian terus membelasah mangsa menggunakan sebatang paip besi berukuran 40 sentimeter yang diambil dari rumah bapa saudaranya. 

“Akibat kejadian itu mangsa mengalami kecederaan parah di seluruh badan dengan beberapa luka terbuka dan disahkan meninggal dunia,” jelas Irvan.

Menurut Irvan, siasatan awal mendapati suspek berbuat demikian kerana tidak tahan dengan sikap mangsa yang sering mendera ibu kandungnya.

“Daripada hasil siasatan, suspek nekad membunuh bapa tirinya kerana mahu membalas dendam. 

“Suspek berniat melampiaskan kemarahan kepada bapa tirinya itu yang dikatakan sering menganiaya dan mendera ibu kandungnya yang merupakan isteri mangsa,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya