BUKAN mudah untuk menarik khalayak datang beramai-ramai ke sesuatu penganjuran acara, tetapi Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 membuktikan sebaliknya.
Sejak bermula 28 Ogos lalu dan berakhir semalam, MAHA 2026 yang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) berjaya menarik seramai 4.3 juta pengunjung.
MAHA 2026 turut mencatatkan kejayaan besar apabila nilai jualan keseluruhan mencapai RM66.68 juta manakala nilai kerjasama melalui 97 Memorandum Persefahaman (MoU) berjumlah RM10.35 bilion.
Sejak penganjurannya yang pertama pada 1923, MAHA sentiasa menjadi acara yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia.
Boleh dikatakan pengunjung dari seluruh pelosok negara datang ke pameran pertanian itu yang selalu diadakan pada musim cuti persekolahan atau ada acara besar lain yang juga berlangsung di sekitar Lembah Klang dan pada tahun ini ia diadakan ketika negara meraikan sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 di Putrajaya.
Ia langkah bijak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan selaku penganjur dalam memastikan MAHA menjadi acara yang wajib dikunjungi jika berada di Lembah Klang.
Malah kementerian melalui pelbagai agensi di bawahnya juga membawa berbondong-bondong pesawah, petani dan penternak dari seluruh negara ke acara tersebut.
Ribuan acara diadakan sempena pameran pertanian terbesar di Asia Tenggara itu yang melibatkan 2,000 pempamer pada tahun ini. Selain pameran, diadakan juga demonstrasi teknologi pertanian dan memasak produk tempatan, jualan hasil segar, persembahan budaya dan program agropelancongan.
Sebanyak lima zon juga diwujudkan bagi memudahkan orang ramai mengikuti pameran tersebut iaitu Pertanian dan Tanaman, Hortikultur dan Florikultur, Perikanan dan Akuakultur, Ternakan dan Haiwan Kesayangan serta Agropelancongan.
Sama seperti pameran pertanian di luar negara, MAHA juga memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat dan merasai sendiri teknologi dan inovasi baharu dalam pertanian.
Aktiviti seperti itu memberi pengalaman baharu dan menimbulkan minat kepada pengunjung untuk menceburkan diri dalam sektor pertanian termasuk secara komersial.
Ramai juga yang kagum bagaimana ternakan ikan talapia merah boleh dilakukan dalam tangki kecil beserta penggunaan sistem oksigen yang digerakkan dengan menggunakan tenaga solar.
Laman Padi yang menghimpunkan pesawah, pemain industri, penginovasi dalam satu platform juga memberi pengetahuan berguna kepada pengunjung tentang kemajuan dan masa depan industri padi dan beras negara.
Orang ramai juga berpeluang melihat varieti baharu dalam tanaman, mendapatkan pelbagai anak pokok untuk dibawa pulang dan merasai pelbagai produk makanan dan minuman tempatan yang tidak kurang hebatnya dengan jenama luar negara.
Sambutan orang ramai terhadap MAHA sebenarnya membuktikan sektor pertanian amat dekat dengan rakyat.
Sokongan mereka terhadap produk keluaran tempatan juga amat luar biasa walaupun sesetengahnya dijual pada harga yang lebih tinggi berbanding di tempat lain.
Muhammad Nizam Abdul Hamid ialah Pemangku Timbalan Pengarang Utusan Malaysia. – UTUSAN
MAHA bukti pertanian dekat dengan rakyat

Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved