Bos mafia lolos dari penjara guna cadar

Bos mafia lolos dari penjara guna cadar

TANGKAP layar menunjukkan banduan Marco Raduano melarikan diri dari Penjara Badu'e Carros di Nuoro. - AGENSI  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROM: Seorang ketua mafia berjaya meloloskan diri dari sebuah penjara mempunyai kawalan keselamatan tinggi di Sardinia, dengan hanya menggunakan teknik asas melarikan diri.  

Lapor Sky News, Marco Raduano yang dikenali sebagai `Pallone’ melarikan diri dari Penjara Badu’e Carros di Nuoro pada Sabtu lalu.  

Lelaki berusia 39 tahun itu dikatakan mempunyai kunci bagi pintu pekarangan penjara lalu membukanya, serta memanjat dan menuruni dinding luar bangunan itu dengan menggunakan beberapa helaian cadar yang diikat.

“Banduan itu kemudian melompat ke tanah dan terus melarikan diri. 

“Malah, pengawal penjara hanya mendapat tahu ketua mafia itu meloloskan diri selepas dua jam,” jelas laporan itu.

Akhbar tempatan, Il Messaggero melaporkan Raduano yang merupakan anggota mafia Gargano menjalani hukuman penjara selama 19 tahun atas 19 kesalahan jenayah.        

Raduano sepatutnya dibebaskan dari penjara pada 2046.

Sementara itu, Ketua Pengarah Penjara, Giovanni Villa berkata, pihaknya mengalami kekurangan kakitangan selama beberapa bulan lalu.

“Masalah itu menjadi antara faktor utama menjejaskan keselamatan di penjara Nuoro,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN