Beg tangan `batu meteorit' berharga 35,000 pound

Beg tangan `meteorit’ berharga 35,000 pound

BEG tangan unik ciptaan Coperni itu berharga 35,000 Pound (RM190,366). - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Jenama aksesori terkemuka dari Perancis mencuri tumpuan ramai apabila melancarkan beg tangan mewah edisi terhad yang diperbuat daripada batu meteorit sebenar.

Lapor Daily Mail, beg tangan yang dikenali sebagai Mini Meteorite Swipe Bag merupakan ciptaan jenama Coperni dan berharga 35,000 Pound (RM190,366).

Beg tangan mewah edisi terhad itu diperbuat daripada resin dan batu angkasa yang jatuh ke Bumi kira-kira 55,000 tahun lalu yang ditemukan pada tahun 1968 di selatan Perancis.

Menurut Coperni, beg tangan itu merupakan sebahagian koleksi fesyen musim luruh-sejuk 2023, yang diperkenalkan pada awal bulan ini di Perancis.

“Beg tangan ini berukuran 22.86 sentimeter dari atas tali hingga ke bahagian bawah.

“Walaupun beg tangan itu diperbuat daripada batu angkasa, beratnya hanya sekitar 1.8 kilogram (kg), lebih ringan berbanding beg tangan biasa,” katanya. 

Jelas Coperni, beg tangan unik itu secara halus menggabungkan arkeologi, reka bentuk, seni klasik dan primitif.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan bilangan unit beg tangan batu meteorit itu disediakan untuk dijual. 

Namun, Coperni memaklumkan bahawa beg tangan itu tidak boleh dikembalikan selepas dibeli kerana ia direka khas bagi setiap tempahan pelanggan. 

Sebelum ini, Coperni pernah melancarkan beg tangan yang diperbuat sepenuhnya daripada kaca.

Beg tangan yang diberi nama Swipe dianggarkan berharga 2,200 Pound (RM11,967).   

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya