Bapa tinggalkan nota marah guru dalam bekas makanan anak

Bapa tinggalkan nota marah guru dalam bekas makanan anak

KANDUNGAN nota yang ditinggalkan oleh Ross Hunt dalam bekas makanan anaknya. - AGENSI   

LONDON: Gara-gara berang dengan sikap guru yang sering menegur makanan dibawa ke sekolah, seorang lelaki bertindak meninggalkan nota marah dalam bekas makanan anaknya. 

Lapor Mirror, menurut Ross Hunt, guru sekolah itu kerap mendesak anaknya supaya memakan sandwic dan snek lobak merah sebelum menjamu makanan yang dibawa dari rumah.

Justeru, Hunt berkata, dia terpaksa mengambil tindakan drastik meninggalkan nota marah dalam bekas makanan dibawa oleh anaknya setelah merasakan kakitangan sekolah itu sudah melampaui batas.

 Malah, katanya, dia berasa amat kecewa kerana aduan guru itu turut menyebabkan anak kecilnya hilang minat untuk membawa makanan sendiri ke sekolah.

Hunt menerusi akaun @teddyevascents di TikTok memuat naik video menyuarakan rasa tidak puas hati berhubung komen guru sekolah serta mendedahkan kandungan nota yang ditinggalkan dalam bekas makanan anaknya.

“Selamat datang ke bekas makanan anak saya, kami sebagai ibu bapa menyedari makanan yang disediakan dan gembira memberi anak kami menjamu apa sahaja yang dia mahu.

“Tolong berhenti memberitahu anak-anak apa yang harus dan tidak harus dimakan, biarlah ibu bapa memutuskan apa yang terbaik untuk mereka,” jelas kandungan nota itu.

Dalam satu lagi video dimuat naik di aplikasi itu, Hunt mendedahkan suatu hari anaknya pernah pulang dari sekolah dalam keadaan lapar selepas tidak makan snek Rainbow Drops yang dibawanya.

Hunt mendakwa anak kecilnya berbuat demikian kerana kakitangan sekolah yang bertugas pada masa itu menyuruh anaknya untuk menghabiskan snek lobak terlebih dahulu sebelum makan makanan lain.

Rakaman video itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.  

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN