20 terbunuh bas bawa jemaah umrah ke Mekah terbakar

20 maut bas bawa jemaah umrah ke Mekah langgar jambatan

KEADAAN bas yang musnah selepas kemalangan di tepi jalan di wilayah Asir. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Sebuah bas yang membawa jemaah umrah ke kota suci Mekah terbakar selepas berlaku perlanggaran di sebuah jambatan yang membunuh 20 orang dan mencederakan lebih puluhan yang lain.

Lapor AFP, insiden di wilayah selatan Asir itu secara tidak langsung menunjukkan cabaran berterusan dalam urusan pengangkutan jemaah ke Mekah dan Madinah.

Kemalangan itu berlaku pada minggu pertama Ramadan iaitu pada waktu sibuk untuk jemaah melakukan umrah dan ziarah selain hanya beberapa bulan sebelum jutaan umat Islam dijangka menunaikan haji.

“Menurut maklumat awal yang kini kami terima, jumlah kematian dalam kemalangan ini mencecah 20, dan jumlah kecederaan adalah kira-kira 29,” lapor saluran Al-Ekhbariya yang bersekutu dengan kerajaan.

Media tempatan berkata, mangsa mempunyai kewarganegaraan berbeza tetapi tidak menyebut butiran terperinci atau memberikan pecahan.

Lapor akhbar swasta, Okaz, kemalangan itu berpunca daripada masalah brek, kemudian berlanggar dengan jambatan, terbalik dan terbakar.

Membawa jemaah di sekitar tapak suci Arab Saudi adalah tugas yang berbahaya, terutamanya semasa musim haji kerana jalan raya boleh menjadi huru-hara dengan bas yang banyak menyebabkan kesesakan lalu lintas yang tidak berkesudahan.

Pada Oktober 2019, kira-kira 35 warga asing terbunuh dan empat lagi cedera apabila sebuah bas bertembung dengan sebuah lagi kenderaan berat berhampiran Madinah.

Ziarah adalah komponen penting dalam sektor pelancongan yang sedang berkembang di Arab Saudi bagi membantu mempelbagaikan ekonomi kerajaan daripada bahan api fosil.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya