LOS ANGELES: Lelaki warga China mengaku tidak bersalah selepas dituduh membunuh tujuh rakan sekerjanya dan mencederakan seorang lagi dengan melepaskan tembakan di sebuah ladang cendawan di utara California.
Zhao Chunli, 66, didakwa membunuh di dua tapak di Half Moon Bay bulan lalu.
Pendakwa raya percaya kejadian pada 23 Januari itu berlaku sebagai pertikaian di tempat kerja.
Zhao dilaporkan tinggal di Amerika Syarikat (AS) selama lebih sedekad lalu, menurut jurubahasa mahkamah di Redwood City dan turut menafikan tujuh pertuduhan pembunuhan dan satu pertuduhan cubaan membunuh.
Dalam kejadian itu, kebanyakan mereka yang terkorban juga adalah warga China dan dua orang warga Mexico.
Zhao dan isterinya adalah antara pekerja yang tinggal di lokasi serangan berkenaan.
Seorang hakim turut mengarahkannya untuk hadir ke mahkamah semula pada 3 Mei akan datang.
Beberapa hari selepas dia ditangkap, Zhao memberitahu wartawan yang melawatnya di penjara bahawa dia mengaku melakukan pembunuhan itu dan percaya dirinya mengalami penyakit mental.
Zhao memberitahu Janelle Wang dari NBC Bay Area bahawa dia dibuli selama bertahun-tahun dan terlalu banyak bekerja, tetapi aduannya tidak pernah ditangani.-AFP