Wanita tertelan skru ketika buat rawatan gigi

Wanita tertelan skru ketika buat rawatan gigi

GAMBAR X-ray menunjukkan skru melekat pada paru-paru seorang wanita di Sepanyol.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Doktor sebuah pusat perubatan di Sepanyol terkejut apabila menemui skru pada paru-paru seorang wanita selepas dia dipercayai menelannya ketika menjalani satu prosedur pergigian.

Lapor New York Post, wanita yang berusia 70 tahun itu mula menyedari ada sesuatu yang tidak kena selepas mengalami beberapa jangkitan pernafasan tanpa sebab yang jelas.

Dia kemudiannya mengunjungi Hospital Vithas Vigo di Pontevedra, Sepanyol untuk melakukan pemeriksaan.

Keputusan imbasan X-ray mendedahkan punca ketidakselesaan itu disebabkan terdapat skru logam bersaiz 9 milimeter (mm) yang tersangkut di dalam paru-parunya.

Menurut kajian kes, wanita berkenaan kemungkinan tertelan bahan logam berkenaan ketika menjalani beberapa siri rawatan pergigian yang bermula sejak hampir setahun lalu.

Bagaimanapun, wanita berkenaan tidak dapat mengingati waktu die menelan skru berkenaan
yang dilaporkan sudah terperangkap dalam sistem pernafasannya selama sekurang-kurangnya lapan bulan.

Susulan itu, pasukan doktor berjaya mengeluarkan bendasing berkenaan dari tubuhnya dalam tempoh beberapa jam menggunakan forsep.

Wanita itu kemudiannya dibenarkan pulang dan dilaporkan sudah kembali pulih.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya