TERKINI: Penduduk Gaza derma darah bantu mangsa gempa bumi Turkiye, Syria - Utusan Malaysia

TERKINI: Penduduk Gaza derma darah bantu mangsa gempa bumi Turkiye, Syria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA CITY: Penduduk Palestin di Semenanjung Gaza tampil menderma darah bagi membantu mangsa yang cedera dalam kejadian gempa bumi di Turkiye dan Syria.

Penyelaras program dari Yayasan Al-Amal, Naglaa al-Ghalayini berkata, kempen derma darah itu merupakan sebahagian inisiatif dijalankan oleh sukarelawan Palestin, selepas gempa bumi dahsyat menyebabkan puluhan ribu orang terbunuh dan cedera sejak minggu lalu.

“Penganjuran kempen ini mengukuhkan idea bahawa negara Arab dan negara Islam adalah tidak berbeza, apa yang menyakitkan di Syria dan Turkiye turut terasa oleh penduduk Gaza dan Palestin.

“Kami di Gaza tidak mempunyai kelengkapan atau peralatan yang boleh diberikan kepada mangsa gempa bumi di Syria dan Turkiye.

“Justeru, kami menganjurkan kempen derma darah bagi membantu penduduk cedera di Turkiye dan Syria sebagai kesetiaan kepada semua yang menyokong perjuangan Palestin dan Gaza,” katanya sepertimana dilaporkan Al Jazeera.

Dalam pada itu, Naglaa menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam kejadian gempa bumi di Turkiye dan Syria.

Beliau turut mendoakan agar mangsa cedera yang masih menerima rawatan di hospital, semoga segera sembuh.

Sementara itu, seorang penduduk bernama Subhi Quta berkata, dia tampil menderma darah sebaik sahaja mendapat tahu mengenai penganjuran kempen tersebut.

“Saya menganggap ini peluang terbaik untuk membantu mangsa bencana di Syria dan Turkiye,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya