TERKINI: Operasi 74 pasukan penyelamat dunia masih diteruskan

TERKINI: Operasi 74 pasukan penyelamat dunia masih diteruskan di Turkiye

GAMBAR pandangan dari udara ini menunjukkan bangunan runtuh semasa operasi menyelamat masih diteruskan di Kahramanmaras, di tenggara Turkiye. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan di selatan Turkiye walaupun harapan untuk menemukan mangsa yang terselamat makin kelam selepas sembilan hari tragedi gempa bumi melanda Tenggara Turkiye dan Syria.

Lapor Al Jazeera, kerajaan Turkiye berkata, sebanyak 74 pasukan dari luar negara membantu mereka dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa di bawah runtuhan di negara itu.

Walaupun peluang untuk mencari orang hidup semakin sukar, seorang wanita berusia 42 tahun dilaporkan berjaya diselamatkan dan ditarik dari bawah runtuhan bangunan di Kahramanmaras selepas 222 jam.

Menurut pakar, 72 jam pertama dianggap kritikal dan nisbah kelangsungan hidup secara beransur-ansur berkurangan kepada 6 peratus menjelang hari kelima.

Setakat hari ini, angka korban mencecah 41,000 orang dengan Turkiye seramai

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mengumumkan bencana gempa bumi itu adalah merupakan bencana paling maut sejak 100 tahun lalu.

Sebelum ini, rekod mengerikan itu dipegang sewaktu gempa bumi Erzincan 1939 yang mengorbankan 33,000 orang.

Semalam, Erdogan melawat mangsa yang terselamat di hospital dan berikrar untuk menggantikan beribu-ribu rumah yang musnah di sepuluh wilayah dalam tempoh setahun.

Janji tersebut bagaimanapun dilaporkan tidak mungkin dapat direalisasikan memandangkan skala runtuhan yang besar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN