8,000 mangsa hidup dikeluarkan dari bawah runtuhan di Turkiye

TERKINI: Lebih 8,000 mangsa hidup dikeluarkan dari bawah runtuhan di Turkiye

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HATAY: Lebih 8,000 mangsa yang hidup berjaya dibawa keluar dari bawah runtuhan bangunan selepas gempa bumi kuat melanda selatan Turkiye.

Lapor Al Jazeera, Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berkata, lebih 81,000 mangsa yang cedera dalam kejadian gempa bumi dahsyat itu sudah dibenarkan keluar dari hospital.

Justeru, beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua negara yang tampil memberikan sokongan dan bantuan kemanusiaan bagi membantu Turkiye.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua negara yang mengumpul bantuan untuk Turkiye.

“Kami menzahirkan penghargaan kepada negara yang menyokong usaha mencari dan menyelamat mangsa serta pihak yang mendoakan kami ketika Turkiye berada dalam kesusahan.

“Turkiye tidak akan melupakan `persahabatan’ yang anda tunjukkan semasa negara dilanda musibah besar,” katanya.

Sebelum ini, Erdogan berkata, dua gempa bumi kuat yang melanda selatan Turkiye minggu lalu disifatkan tiga kali ganda lebih kuat berbanding gempa bumi Marmara yang berlaku di barat laut negara itu pada tahun 1999.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya