KAHRAMANMARAS: Keluarga yang sedih berpusu-pusu ke dewan sukan, bilik mayat hospital atau tanah perkuburan di bandar yang dilanda gempa bumi dahsyat dalam usaha mencari saudara mereka yang hilang.
Seorang pendakwa raya dilihat cuba menenangkan ahli keluarga dan memaklumkan setiap mayat yang tidak dikenali akan dikembalikan kepada keluarga mereka.
“Jangan risau, sampel darah diambil daripada setiap mayat yang hilang,” katanya memberi jaminan.
Keluarga yang tidak dapat menghubungi orang tersayang semasa kerja menyelamat, memeriksa satu persatu beg mayat dan tubuh-tubuh yang terbujur kaku berbalut selimut yang dikumpulkan di beberapa kawasan.
“Kami menunjukkan muka kepada saudara terdekat mereka,” kata seorang penyiasat tempat kejadian di sebuah kubur besar di luar bandar.
Kereta pengebumian menghantar aliran mayat, mengebumikannya satu demi satu.
“Jika identiti tidak diketahui, kami mengambil cap jari dan sampel gigi dan membandingkannya dengan saudara mereka,” kata penyiasat yang membawa kamera di lehernya.
Kira-kira 2,000 mayat telah dikenal pasti di tanah perkuburan itu, yang dipenuhi dengan kubur yang baru digali.-AFP










