Saintis cipta robot unik ala filem Terminator - Utusan Malaysia

Saintis cipta robot unik ala filem Terminator

ROBOT kecil ciptaan pasukan saintis antarabangsa yang mampu berubah bentuk menggunakan kuasa magnet.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Pasukan saintis antarabangsa berjaya mencipta robot kecil unik ala filem ‘Terminator’ yang boleh mencair dan kembali mengukuh semula ketika melalui ruang yang sempit.

Lapor Oddity Central, pasukan saintis itu mencipta robot seperti watak antagonis T-1000 dalam filem Hollywood terkenal, Terminator 2 dengan membenamkan ketulan kecil neodymium magnetik, boron dan besi ke dalam galium cecair iaitu logam yang mempunyai takat lebur yang sangat rendah.

Kemudian, mereka menggunakan magnet untuk memerintahkan robot kecil itu mencair dan berubah menjadi lumpur sebelum membimbingnya melalui celah palang sangkarnya dan mengukuhkan semula robot itu kembali ke bentuk asal di sisi lain.

“Zarah magnet yang digunakan mempunyai dua peranan.Salah satunya ialah menjadikan bahan responsif kepada medan magnet yang berselang-seli, jadi anda boleh memanaskan bahan dan menyebabkan perubahan fasa melalui induksi. 

“Tetapi zarah magnet juga memberikan robot mobiliti dan keupayaan untuk bergerak sebagai tindak balas kepada medan magnet,” jelas Jurutera Mekanikal Universiti Carnegie Mellon, Carmel Majidi.

Menariknya, pasukan di sebalik projek ini mengambil inspirasi daripada gamat, makhluk laut yang boleh bertukar daripada keadaan kaku kepada lembut apabila diperlukan.

Dalam satu siri ujian, robot kecil yang dikawal secara magnetik dapat melompat melepasi halangan, dinding dan membelah dua untuk melaksanakan beberapa tugas seperti pematerian litar, menghantar ubat dan membersihkan bendasing. 

“Memberi robot keupayaan untuk bertukar antara keadaan cecair dan pepejal membantu menjadikan alat itu multifungsi,” kata Jurutera The Chinese University of Hong Kong, Chengfeng Pan yang juga penyelidik utama dalam projek itu.

Para saintis percaya teknologi perubahan bentuk ini boleh diaplikasikan dalam bidang perubatan dan teknologi canggih pada masa hadapan. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.