Remaja Palestin maut ditembak tentera Israel - Utusan Malaysia

Remaja Palestin maut ditembak tentera Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NABLUS: Pihak berkuasa Israel menembak mati seorang remaja Palestin berusia 17 tahun yang didakwa cuba melepaskan tembakan ke arah pasukan tentera di Tebing Barat.

Menurut Kementerian kesihatan Palestin, Hamza Amjad al-Ashqar maut ditembak di bahagian muka oleh tentera Israel semasa melakukan serbuan di bandar Nablus.

Sumber keselamatan Palestin menyatakan Hamza Amjad berasal dari kem pelarian Askar Nablus.

Jelas sumber, tiga orang ditahan semasa serbuan tentera Israel di bandar tersebut.

Dalam pada itu, tentera Israel menerusi kenyataan memaklumkan pasukan tenteranya membalas serangan dengan menembak ke arah seorang suspek bersenjata yang melepaskan tembakan terhadap mereka.

Jelasnya, batu, bahan letupan dan bom molotov dilemparkan ke arah pasukan tenteranya yang melakukan serbuan di bandar itu.

Bagaimanapun, tentera Israel tidak dapat mengenal pasti jenis senjata yang digunakan oleh suspek sehingga mencetuskan insiden itu.

Sementara itu, agensi berita Palestin Wafa melaporkan kira-kira 20 penduduk Palestin ditahan di Burqin, berhampiran bandar Jenin. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya