Remaja lelaki diselamatkan dari gua Thailand meninggal dunia di UK - Utusan Malaysia

Remaja lelaki diselamatkan dari gua Thailand meninggal dunia di UK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Salah seorang daripada remaja lelaki yang diselamatkan dari gua Tham Luang di daerah Chiang Rai di Thailand pada Jun 2018 lalu dilaporkan meninggal dunia di United Kingdom.

Duangpetch Promthep, 17, lebih dikenali sebagai ‘Dom’ adalah kapten pasukan Wild Boars.

Berita kematiannya dikongsi oleh seorang sami yang mengajar kanak-kanak lelaki di wilayah Chiang Rai di utara Thailand dalam status media sosialnya.

“Duangpetch Promthep kini sudah pergi ke dunia lain.

“Saya harap dia akan dilahirkan semula dan kembali menjadi pelajar saya dalam kehidupan akan datang,” tulis Supatpong Methigo di Facebook.

Reuters tidak dapat mengesahkan punca kematian Duangpetch namun menurut nenek mangsa, dia mengalami kemalangan.

Bekas kapten dan jurulatih pasukan kebangsaan Thailand, Kiatisuk Senamuang menyifatkan Duangpetch sebagai seorang lelaki yang sopan dan baik hati serta bercita-cita mahu bermain bola sepak untuk negaranya kelak.

“Saya mahu melihat impiannya tercapai, tetapi berehatlah Dom,” tulisnya dalam Instagram.

Pada Jun 2018, dunia digemparkan dengan berita remaja lelaki berusia 11 hingga 16 tahun bersama penolong jurulatih mereka memasuki gua Tham Luang namun tidak dapat berpatah balik selepas terperangkap di dalam banjir.

Semua mangsa ditemui sembilan hari kemudian iaitu empat kilometer dari pintu masuk gua.

Insiden tersebut menyaksikan seorang penyelam Thailand meninggal dunia ketika proses mencari dan menyelamat dilakukan di kawasan yang sukar dan sempit. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya