Remaja China jadi penghidap Alzheimer paling muda di dunia     - Utusan Malaysia

Remaja China jadi penghidap Alzheimer paling muda di dunia    

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Seorang remaja dari China dipercayai bakal menjadi pesakit paling muda di dunia yang menghidap penyakit Alzheimer atau lebih dikenali sebagai penyakit nyanyuk.

Lapor Daily Mail, lelaki berusia 19 tahun dari Beijing didakwa mengalami gejala penyakit yang biasa ditemukan pada warga emas, selama dua tahun.

Antara simptom dialami remaja itu adalah hilang ingatan, kesukaran menumpukan perhatian, sukar membaca dan reaksi lambat. 

“Ketika remaja itu berjumpa doktor di Universiti Perubatan Capital di Beijing, dia tidak boleh ingat makanan yang dimakan pada hari sebelumnya.

“Malah, remaja itu mendakwa dia terpaksa berhenti sekolah menengahnya akibat simptom dialaminya,” jelas laporan itu.

Penyakit Alzheimer paling biasa ditemukan pada warga emas yang mengalami kecelaan ingatan dan keupayaan mental.         

Menurut laporan, hasil ujian dan imbasan menunjukkan bahawa bahagian hipotalamus (otak manusia) remaja itu mengecut.

“Doktor juga mengesan kerosakan pada lobus temporal otak dan paras protein tinggi dikenali sebagai tau, pada remaja tersebut,” jelas laporan itu.     

Sekumpulan doktor menerbitkan laporan kes remaja itu pada bulan lalu.

“Malah, pasukan doktor itu berasa hairan apabila mendapati kes remaja berkenaan tidak mempunyai sejarah keluarga menghidap penyakit itu mahupun mutasi genetik yang ditemukan pada pesakit Alzheimer yang muda,” jelas laporan itu.   

Sebelum ini, seorang individu berusia 21 tahun disahkan sebagai penghidap Alzheimer paling muda dan pesakit itu dilaporkan mempunyai mutasi genetik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya