Rakyat Monaco miliki jangka hayat paling lama dunia - Utusan Malaysia

Rakyat Monaco miliki jangka hayat paling lama dunia

PEMANDANGAN indah pelabuhan Monte Carlo di Monaco. - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Satu data mendedahkan penduduk di Monaco mempunyai jangka hayat paling lama di dunia.

Lapor Daily Mail, berdasarkan data dikeluarkan laman saintifik, Our World in Data, bayi yang dilahirkan di negara yang memiliki 40,000 populasi itu, mempunyai jangka hayat 85.9 tahun.

Data tersebut menggunakan angka terbaharu daripada Bahagian Penduduk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menjejaki bagaimana sesebuah negara membangun.

Selain Monaco, senarai negara yang mempunyai jangka hayat penduduk paling lama semasa kelahiran adalah Hong Kong iaitu pada 85.5 tahun, diikuti Macao (85.4 tahun), Jepun (84.8 tahun) dan Australia (84.5 tahun).

Switzerland berada di tangga keenam dengan purata jangka hayat penduduk di negara itu adalah 84 tahun, diikuti Malta (83.8 tahun), Korea Selatan (83.7 tahun), Liechtenstein (83.3 tahun) dan Norway (83.2 tahun).

Berdasarkan data, United Kingdom (UK) mahupun Amerika Syarikat (AS) tidak menduduki dalam senarai 30 negara teratas memiliki jangka hayat paling lama di dunia.  

Jangka hayat bagi penduduk di AS pada masa ini adalah 80.7 tahun, sekaligus meletakkan negara itu pada kedudukan ke-34.

AS pula berada di tangga ke-69 dalam senarai dengan purata jangka hayat penduduk negara itu pada 77.2 tahun.   

Sementara itu, negara dengan jangka hayat penduduk paling rendah adalah Chad iaitu pada 52.5 tahun, diikuti Nigeria (52.7 tahun) dan Lesotho (53.1 tahun), Republik Afrika Tengah (53.9 tahun) dan Sudan Selatan (55 tahun).

Malah, kesemua 10 negara yang mempunyai jangka hayat penduduk paling rendah di dunia terletak di benua Afrika.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya