BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha memberi bayangan bahawa Parlimen negara itu akan dibubarkan lebih awal.
Menurut Prayut, pembubaran itu dijangka dilakukan sebelum penggal kerajaan pimpinannya berakhir pada bulan depan.
Katanya, beliau sudah menentukan tarikh bagi pembubaran itu.
Bagaimanapun, Prayut enggan mendedahkan tarikh itu dalam kenyataannya kepada wartawan, baru-baru ini.
Dilaporkan, tempoh penggal kerajaan semasa akan tamat pada 23 Mac depan.
Mengikut Perlembagaan Thailand, pilihan raya harus diadakan sebelum Mei depan.
Baru-baru ini, satu tinjauan orang ramai menunjukkan populariti Prayut semakin menurun berbanding calon Paetongtarn Shinawatra dari Parti Pheu Thai.
Pemimpin itu dijangka bersaing dengan mentornya, Prawit Wongsuwan, 77. – REUTERS