Peninju wanita Turkiye lelong tali pinggang kejohanan bantu

Peninju wanita Turkiye lelong tali pinggang kejohanan bantu mangsa gempa

SEREN Ay Çetin (kanan) menewaskan Eva Voraberger dari Austria, juara dunia WBC dua kali dalam pertarungan bagi memenangi WBC Silver Bantamweight Majlis Tinju Dunia, dalam perlawanan yang diadakan di Dewan Sukan Caferağa di Istanbul, Turkiye, tahun lalu. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Peninju wanita Turkiye yang memenangi gelaran Majlis Tinju Dunia (WBC) 2022 Seren Ay Cetin, sanggup melelong tali pinggang kejohanannya bagi membantu mangsa gempa bumi di Turkiye.

Lapor Al Jazeera, dalam satu ciapan Twitter, Seren, 26, berkata, dia akan meletakkan tali pinggang gelaran WBC Silver Bantamweight miliknya pada satu acara lelongan.

Dia berharap dapat menjualnya pada harga sekurang-kurangnya satu juta Lira Turkiye atau AS$53,000 (RM234,764).

Dia berjanji untuk memberikan semua hasil jualan itu kepada Ahbap, sebuah pertubuhan bukan kerajaan Turkiye yang membantu mangsa-mangsa gempa bumi.

Seren ialah petinju wanita Turkiye pertama memenangi gelaran WBC selepas menewaskan Eva Voraberger dari Austria, juara dunia WBC dua kali, dalam pertarungan yang diadakan Mei lalu di Istanbul.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN