Pasukan penyelamat teruskan pencarian selepas mangsa gempa Turkiye meningkat kepada 5,000 orang - Utusan Malaysia

Pasukan penyelamat teruskan pencarian selepas mangsa gempa Turkiye meningkat kepada 5,000 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANTAKYA: Anggota penyelamat bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa yang masih terperangkap di bawah runtuhan ketika jumlah kematian akibat gempa bumi yang dahsyat di Türkiye dan Syria meningkat melebihi 5,000 orang.

Pasukan penyelamat turut berusaha keras menjalankan kerja di bandar Antakya di Turkiye berhampiran sempadan Syria, di mana bangunan 10 tingkat runtuh menyembah bumi.

Gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter itu melanda Türkiye dan negara jiran Syria pada awal pagi Isnin, menumbangkan beribu-ribu bangunan termasuk banyak blok pangsapuri, hospital dan menyebabkan ribuan orang cedera dan kehilangan tempat tinggal.

Di Türkiye, jumlah kematian meningkat kepada sekurang-kurangnya 3,419.

Angka kematian di Syria yang telah musnah akibat perang selama lebih 11 tahun, berjumlah lebih 1,600 orang.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya