Penyelamat dipeluk selepas keluarkan remaja 16 tahun dari

Penyelamat dipeluk selepas keluarkan remaja 16 tahun dari runtuhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANTAKYA: Selepas bertahan lebih 80 jam, Melda Adtas yang berusia 16 tahun berjaya ditarik keluar dari bawah runtuhan, menyebabkan kawasan sekitar riuh dengan sorakan kepada pasukan penyelamat yang bertungkus lumus dalam usaha menyelamat itu.

Pekerja penyelamat mengambil masa lima jam dan berusaha keras untuk menyelamatkan nyawanya selepas jiran mendengar bunyi dari runtuhan dinding bangunan perumahan itu.

“Sayang saya, sayang saya,” jerit bapanya ketika penyelamat menarik remaja itu keluar dari runtuhan dan orang ramai yang menonton bertepuk tangan.

Sebelum itu penyelamat menemui tiga mangsa yang masih hidup di bangunan sama, hanya satu tingkat di atas Melda.

Lelaki yang mengetuai usaha menyelamat itu dikenali sebagai Suleyman, salah seorang daripada kumpulan pelombong Laut Hitam yang menuju ke selatan untuk membantu usaha menyelamat.

Kata rakan sekerjanya, tanpa beliau, operasi itu tidak mungkin dijalankan kerana dia tahu tentang usaha mencari di ruang yang gelap dan sempit.

Bekerja dalam senyap untuk mengekalkan hubungan dengan Melda, para penyelamat mengalihkan satu demi satu halangan, ketika penonton memerhati dengan cemas.

Kemudian, secara tiba-tiba, mereka mencapai gadis muda yang kesejukan, dipenuhi lebam tetapi masih hidup dan perlahan-lahan membawanya ke ambulans yang menunggu.

Beberapa penyelamat, memakai topi keledar diselaputi habuk dan muka yang letih, memegang pengusung, melindungi Melda dengan selimut.

Ramai mangsa terperangkap dalam bencana itu semasa mereka sedang tidur dan tidak bersedia apabila gempa itu mencetuskan huru-hara.

Setelah Melda selamat di dalam ambulans, ramai yang memeluk, mencium dan mengucapkan tahniah kepada penyelamat dan beberapa orang tidak dapat menahan air mata.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya