Gempa Cianjur: Kerajaan komited bina semula kediaman penduduk

Pasca gempa Cianjur: Kerajaan komited bina semula kediaman penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Naib Presiden Indonesia, Ma’ruf Amin memaklumkan kerajaan komited dalam melaksanakan pembinaan semula infrastruktur susulan kejadian gempa bumi yang menggegarkan Cianjur, Jawa Barat pada tahun lalu.

Malah, Ma’ruf menegaskan kerajaan juga bertindak pantas dan efisien menangani situasi kecemasan selepas bencana itu melanda wilayah tersebut.

“Perkara yang paling penting adalah membantu mangsa terjejas gempa bumi dan kemudian meneruskan usaha untuk membina semula kediaman mereka,” katanya sepertimana dilaporkan portal Antara.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri solat hajat untuk keselamatan negara dan sambutan Israk dan Mikraj di Masjid Besar Cianjur di Jawa Barat.

Menurut Ma’ruf, pada masa ini, pembangunan infrastruktur itu berada pada fasa ketiga.

Katanya, ia akan dilaksanakan secara konsisten bagi menampung penduduk terjejas yang amat memerlukan bantuan.

“Malah, terdapat pembinaan baharu termasuk kira-kira 500 lagi unit rumah,” katanya.

Beliau juga memaklumkan pihaknya sudah melawat salah sebuah kawasan penempatan sementara yang dibina untuk mangsa terjejas.

Gempa bumi Cianjur yang berlaku pada 21 November tahun lalu mencetuskan trauma dalam kalangan penduduk apabila menyebabkan kemusnahan yang besar dan meragut ratusan nyawa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya