Objek misteri ditembak jatuh di ruang udara Kanada - Utusan Malaysia

Objek misteri ditembak jatuh di ruang udara Kanada

JUSTIN TRUDEAU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OTTAWA: Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau mengesahkan sebuah objek tidak dikenali ditembak jatuh di ruang udara barat laut negaranya, sehari selepas Amerika Syarikat (AS) memaklumkan menembak jatuh objek sama di Alaska.

Trudeau menerusi ciapan di laman Twitter berkata, sebuah jet pejuang AS menembak jatuh objek misteri dalam operasi ketenteraan bersama antara AS dan Kanada.

“Pesawat Kanada dan AS diterbangkan ke lokasi dan pesawat AS, F-22 berjaya menembak objek berkenaan,” jelasnya.

Pihak berkuasa penerbangan menutup sebahagian ruang udara di barat laut Montana selepas mengesan anomali radar sebelum membukanya semula kepada lalu lintas udara komersial beberapa jam kemudian.

“Objek yang ditembak jatuh di  itu berbentuk silinder kecil.

“Objek itu terbang pada ketinggian kira-kira 12,200 meter, secara tidak sah memasuki ruang udara Kanada dan menimbulkan ancaman yang munasabah kepada keselamatan penerbangan awam,” kata Menteri Pertahanan Kanada, Anita Anand.

Trudeau berkata, beliau sudah bercakap dengan Presiden AS, Joe Biden berhubung perkara berkenaan.

Sementara itu, Pemerintah Utara Tentera AS dalam satu kenyataan berkata, objek terbabit ditembak jatuh di ruang udara Yukon yang bersempadan dengan Alaska semalam, di mana objek sama turut ditembak pesawat tempur AS pada Jumaat lalu.

“Aktiviti mengesan serpihan objek sedang dilakukan namun Pentagon tidak boleh mendedahkan perincian objek itu termasuk keupayaan, tujuan serta asal usulnya,” katanya.

Bulan lalu, AS menembak jatuh objek dipercayai belon perisikan milik China sehingga menimbulkan ketegangan diplomatik dengan Beijing.

Belon gergasi dilengkapi peralatan elektronik yang disifatkan Pentagon sebagai objek perisikan, terbang merentasi Kanada dan AS sekali gus menimbulkan pertikaian diplomatik dengan China yang mengesahkan objek berkenaan adalah miliknya.

Belon terbabit terbang memasuki ruang udara AS di Alaska pada 28 Januari lalu sebelum ditembak jatuh di Laut Atlantik berhampiran South Carolina. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.