Myanmar isytihar undang-undang tentera di 37 bandar - Utusan Malaysia

Myanmar isytihar undang-undang tentera di 37 bandar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Undang-undang tentera diisytiharkan di beberapa kawasan di Myanmar sehari selepas pihak berkuasa melanjutkan keadaan darurat di seluruh negara.

Myanmar dilanda keganasan yang disifatkan oleh beberapa pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai perang saudara.

Televisyen MRTV kendalian kerajaan menyiarkan pengumuman oleh Setiausaha Majlis Pentadbiran Tentera, Aung Lin Dwe mengenakan undang-undang tentera di 37 perbandaran merentasi lapan daripada 14 wilayah dan negeri.

Sebanyak 11 daripada perbandaran yang terjejas adalah di wilayah Sagaing dan tujuh di negeri Chin, kawasan di barat laut di yang berdepan pertempuran paling sengit antara tentera dan gerila milik Angkatan Pertahanan Rakyat pro-demokrasi.

Tentera bergelut untuk membendung pemberontakan di seluruh negara oleh penentang pemerintahan tentera yang mengangkat senjata selepas protes aman terhadap rampasan kuasa tentera pada 1 Feb 2021, ditindas dengan kekerasan.

Tentera telah mengisytiharkan undang-undang tentera sebelum ini, terutamanya pada awal 2021 di bandar terbesar negara itu di Yangon selepas keganasan memuncak terhadap penunjuk perasaan.

Menurut Persatuan Bantuan untuk Tahanan Politik, sekurang-kurangnya 2,948 orang awam terbunuh sejak pengambilalihan oleh tentera.-AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya