Menteri Pertahanan Ukraine bakal ditukar - Utusan Malaysia

Menteri Pertahanan Ukraine bakal ditukar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Ukraine akan membuat rombakan barisan hadapan kempen perangnya dan bakal menggantikan Menteri Pertahanan, Oleksii Reznikov dengan ketua agensi pengintip tenteranya, lapor sekutu rapat Presiden, Volodymyr Zelenskyy

Ahli Parlimen Kanan dan Ketua Blok Parlimen, David Arakhamia berkata, Reznikov akan dipindahkan ke jawatan menteri lain dan digantikan oleh Ketua Agensi Perisikan Tentera GUR, Kyrylo Budanov.

“Perang menentukan perubahan dalam dasar kakitangan,” kata Arahamia pada aplikasi Telegram.

Arahamia berkata, agensi berkuasa Ukraine seperti kementerian pertahanan tidak seharusnya diketuai oleh ahli politik semasa perang, tetapi perlu disandang orang yang mempunyai latar belakang dalam pertahanan atau keselamatan.

Beliau menambah bahawa Reznikov akan dilantik sebagai Menteri Industri Strategik.

Reznikov sebelum ini berkata, sebarang keputusan mengenai rombakan terpulang kepada Zelenskyy.

Ketika sidang media dalam talian bersama ICTV Fakti Ukraine, beliau memberitahu belum mendapat sebarang berita tentang perpindahan ke kementerian tersebut.

“Jika saya tiba-tiba menerima tawaran seperti itu daripada Presiden Ukraine atau Perdana Menteri, saya akan menolaknya, kerana saya tidak mempunyai kepakaran,” kata Reznikov.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya