Mangsa gempa bumi disyaratkan miliki Visa jika mahu berlindung ke Jerman - Utusan Malaysia

Mangsa gempa bumi disyaratkan miliki Visa jika mahu berlindung ke Jerman

SEORANG lelaki menunaikan solat di tapak Masjid Agung yang musnah di Hatay di Turkiye.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Jerman menawarkan prospek perlindungan dan penjagaan kepada mangsa-mangsa gempa bumi dari Turkiye dan Syria ke negara berkenaan.

Namun, lapor Al Jazeera, perkara itu hanya dapat dilakukan  jika mereka dapat memenuhi keperluan visa sedia ada, kata Kementerian Luar Negara Jerman.

Jurucakap kementerian itu berkata, matlamat Berlin adalah untuk menjadikannya lebih cepat dan lebih mudah bagi mangsa-mangsa tragedi berkenaan untuk datang ke negara berkenaan.

“Pasport hilang, sudah tentu, satu masalah.

“Mereka yang kehilangan segala-galanya tidak mungkin mempunyai pasport, tetapi, kita tidak boleh hanya melemahkan kedaulatan pasport pihak berkuasa Turkiye dan mengeluarkan dokumen perjalanan untuk warga asing begitu sahaja,” kata jurucakap itu dalam sidang akhbar hari ini.

Angka korban terkini mencecah 36,000 orang.

Seramai 31,643 mangsa terkorban di Turkiye dan 4,614 lagi di Syria.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

BERITA BERKAITAN