Lukisan potret realistik artis Nigeria pukau peminat seni - Utusan Malaysia

Lukisan potret realistik artis Nigeria pukau peminat seni

POTRET yang dihasilkan Alex Peter Idoko menggunakan teknik pirografi memukau ramai penggemar seni.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ABUJA: Artis Nigeria, Alex Peter Idoko mendapat pujian ramai kerana berjaya menghasilkan koleksi potret realistik istimewa menggunakan pemetik api, pisau cukur serta kertas pasir yang kelihatan seperti foto sebenar. 

Menurut Oddity Central, teknik pirografi atau lukisan dengan api merupakan bentuk seni menarik melibatkan hiasan kanvas kayu dengan kesan terbakar yang terhasil daripada nyalaan terkawal atau alat yang dipanaskan seperti batang logam.

Hasil seni menggunakan teknik itu jarang ditemukan berbanding lukisan tradisional kerana kesilapan walaupun hanya sedikit lebih sukar untuk diperbaiki atau disembunyikan kerana sifat api yang merosakkan.

Namun, Idako,31, mempunyai keupayaan mengawal teknik luar biasa itu dengan baik sehingga mampu mencipta karya seni berkualiti bak gambar sebenar yang hampir tidak dapat dibezakan dengan mata kasar.

Lelaki berkenaan mengakui meminati seni potret sejak kecil dan mencuba pelbagai teknik lukisan menggunakan grafit, arang, dan pastel tetapi akhirnya tertarik dengan pirografi kerana kesan visualnya yang begitu hebat.

Idoko biasanya menghabiskan masa beberapa bulan untuk menghasilkan satu potret pirografinya dan ramai yang kagum melihat hasil akhir setiap karyanya.

Subjeknya kelihatan seperti kesan khas tiga dimensi yang keluar dari kanvas, menampilkan butiran wajah yang paling halus seperti kedutan.

“Tema saya adalah berdasarkan realiti Afrika, kebebasan, advokasi untuk perubahan dan penyelesaian kepada cabaran.

“Seni adalah bahasa yang boleh dibaca oleh orang ramai. Selagi anda menyambung dan mentafsir hati anda, orang akan sentiasa memahami bahasa itu,” kata artis Nigeria itu kepada Beautiful Bizarre.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya