Lelaki cetus panik temukan bom zaman perang - Utusan Malaysia

Lelaki cetus panik temukan bom zaman perang

BAHAN letupan zaman Perang Dunia Pertama ditemukan di Invergordon di Scotland kelmarin.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

EDINBURGH: Seorang lelaki mencetuskan panik di Scotland selepas menemui bom zaman Perang Dunia Pertama ketika mencari bahan logam di sekitar rumahnya.

Lapor Mail Online, Ryan Junor, 39, pergi ke tempat perlindungan bom lama di Invergordon untuk mencuba alat pengesan logam yang baru dibelinya dan merancang untuk mencari syiling lama bersama anak lelaki Shay, 15.

Dia kemudian menjumpai objek berbentuk botol sebelum menyedari bahan tersebut adalah bom zaman perang ketika menggunakan pengesan di media sosial. 

“Kami berhenti dan menggali kira-kira setengah meter dan menemui objek besar ini, mungkin lebih besar sedikit daripada botol minuman keras.

“Saya mengambil gambarnya dan meletakkannya pada halaman Facebook pengesan logam dan orang ramai kembali ke halaman itu dan memberitahu objek itu adalah bom mortar Stokes dari Perang Dunia Pertama.

“Kami agak panik ketika itu kerana sudah mengambilnya. Saya terus membawanya keluar ke kawasan padang dan menghubungi polis,” jelasnya.

Ekoran penemuan itu, tiga sekolah di Highlands terpaksa ditutup pada dan pegawai pemusnah bom dipanggil untuk menilai peranti itu.

Akademi Invergordon, Castle Avenue, Davidson Drive and Gordon Terrace yang terletak berdekatan juga terpaksa ditutup dan orang ramai digesa untuk menjauhi kawasan itu sebelum disahkan selamat untuk dibuka semula.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN