Lelaki AS tukar loghat Ireland selepas hidap kanser - Utusan Malaysia

Lelaki AS tukar loghat Ireland selepas hidap kanser

SEORANG lelaki AS mula bercakap dalam loghat Ireland selepas didiagnos menghidap kanser.-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Seorang lelaki di Amerika Syarikat (AS) yang disahkan menghidap kanser prostat dikatakan secara tiba-tiba mula bercakap dalam loghat Ireland yang tidak terkawal berikutan penyakit itu.

Menurut laporan Jurnal Perubatan Britain (BMJ), walaupun pesakit itu tidak mempunyai latar belakang Ireland, penyelidik mengatakan loghat itu konsisten dengan sindrom loghat asing (FAS).

Menurut Perpustakaan Perubatan Negara, lelaki berusia 50-an itu menerima terapi kekurangan androgen dan beberapa masalah lain yang diluluskan untuk pesakit  kanser prostat.

Laporan itu menyatakan lelaki berkenaan tidak mempunyai masalah neurologi tetapi pemeriksaan lanjut mendedahkan perkembangan kanser prostatnya.

Penyelidik mendapati, walaupun sudah menjalani kemoterapi, kanser pesakit berkembang yang membawa kepada tumor otak multifokal dan kemungkinan lumpuh.

Keadaan lelaki itu didapati konsisten dengan gangguan saraf paraneoplastik (PND) dan FAS iaitu sekumpulan gangguan luar biasa yang terjadi pada sesetengah orang yang mempunyai kanser.

FAS adalah gangguan pertuturan yang jarang berlaku yang menyebabkan penghidap mula bercakap dalam loghat yang berbeza.

Dalam laporan berkenaan, BMJ menggambarkan keadaan tersebut sebagai hasil luar biasa kerosakan saraf struktur dan mewakili gangguan neurologi yang sering menjejaskan fungsi badan.

Kajian itu menganalisis 49 pesakit yang melaporkan sendiri bahawa mereka mempunyai FAS termasuk pesakit dari United Kingdom (UK), Amerika Utara dan Australia.

Pada tahun 2016, seorang wanita di Texas yang menjalani pembedahan pada rahangnya berakhir dengan loghat Britain selepas dia didiagnosis dengan gangguan neurologi yang jarang berlaku.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya