Kehilangan bilionair Bao Fan disiasat pihak berkuasa

Kehilangan bilionair Bao Fan disiasat pihak berkuasa

BAO FANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Kehilangan pengerusi bilionair bank pelaburan, China Renaissance, Bao Fan minggu lalu kini disiasat pihak berkuasa.

Lapor AFP, jurucakap syarikat berkata, kehilangan Bao Fan mencetuskan kebimbangan terhadap sektor kewangan negara.

Kehilangan Bao Fan minggu lalu menyebabkan harga saham syarikatnya menjunam dan syarikatnya tersenarai di bursa saham Hong Kong.

“Syarikat akan bekerjasama dan membantu dengan sewajarnya dengan sebarang permintaan yang sah daripada pihak berkuasa China yang berkaitan,” tambah jurucakap berkenaan.

Firma itu bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut tentang jenis siasatan yang akan dijalankan.

Kehilangan Bao Fan menimbulkan kebimbangan mengenai kemungkinan tindakan keras ke atas industri kewangan China ketika Presiden Xi Jinping meneruskan perjuangannya menentang rasuah.

China Renaissance berkembang menjadi sebuah institusi kewangan global, dengan lebih daripada 700 pekerja dan pejabat di Beijing, Shanghai, Hong Kong, Singapura dan New York.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN