Insiden tembakan di kampus universiti: 3 maut, 5 cedera - Utusan Malaysia

Insiden tembakan di kampus universiti: 3 maut, 5 cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dan lima lagi cedera selepas seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah kampus universiti di Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, lelaki bersenjata itu dilaporkan menembak dirinya sendiri selepas polis melancarkan operasi pemburuan besar-besaran untuk menangkapnya.

Ribuan pelajar di Michigan State University diarahkan untuk berlindung di tempat selamat selepas tembakan dilepaskan di bangunan kampus pada awal petang sehingga menyebabkan dua orang maut.

Lelaki bersenjata itu kemudian melarikan diri ke arah kesatuan pelajar, yang mana dia membunuh seorang lagi, sehingga mencetuskan operasi besar polis ketika pegawai mengerumuni sekitar bangunan kampus itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Universiti itu, Chris Rozman mengesahkan suspek lelaki bersenjata telah menembak mati dirinya sendiri dalam jarak yang dekat.

“Kami mengesahkan tiga orang meninggal dunia. Ia adalah tambahan kepada lima mangsa yang cedera dan dihantar ke hospital.

“Beberapa mangsa yang cedera itu mengalami kecederaan parah,” katanya dalam sidang akhbar.

Selain itu, Rozman berkata, ratusan pegawai dari beberapa agensi terlibat dalam operasi memburu lelaki bersenjata itu.

Katanya, pihaknya juga menyiarkan gambar suspek iaitu lelaki berkulit hitam yang mengenakan jaket biru longgar dan kasut merah.

“Suspek dalam kejadian ini berada di luar kampus universiti tersebut. Malah, lelaki itu meninggal dunia akibat luka tembakan,” katanya.

Setakat ini, polis enggan mendedahkan butiran mangsa termasuk sama ada mereka adalah pelajar atau ahli fakulti universiti berkenaan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN