Ibu muda ditahan lakukan amang seksual pada 11 remaja

Ibu muda ditahan lakukan amang seksual pada 11 remaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA:  Seorang ibu muda di kawasan Rawasari, di Kota Jambi dinamakan sebagai suspek kes penderaan seksual terhadap 11 remaja bawah umur.

Ketua Penduduk, Hilmi mengesahkan suspek ditahan di kediaman ibu bapanya di kawasan Penyengat Low.

Mangsa ditahan selepas seramai 11 kanak-kanak terdiri daripada sembilan lelaki dan dua perempuan berumur lapan hingga 15 tahun diiringi ibu bapa mereka membuat laporan di Balai Polis Jambi.

Kata Hilmi, penduduk sudah mula curiga melihat kanak-kanak itu kerap keluar masuk bilik suspek.

“Memang betul, sebab di rumah penjenayah ada sewa permainan video, tetapi tidak banyak, hanya satu jadi kanak-kanak bebas bermain di rumah suspek dan kebetulan permainan video itu terletak tidak jauh dari pintu bilik suspek,” katanya.

Hilmi menjelaskan, awalnya suspek berkenaan membuat laporan mengatakan kana-kanak itu cuba memperkosanya namun kebenaran terbongkar selepas persatuan penduduk mengumpulkan kanak-kanak itu dan menyoal mereka.

“Salah seorang kanak-kanak itu mengakui mereka telah dibawa ke bilik oleh suspek dan dipaksa memegang bahagian badan ibu muda berusia 25 tahun itu dan dia juga sering menyentuh kemaluan mereka.

“Kanak-kanak itu memberitahu suspek malah pernah memaksa mereka untuk menonton adegan lucah di telefon bimbit miliknya.

“Wanita itu turut mempunyai tabiat aneh kerana sering membuka pintu bilik dan meminta kanak-kanak perempuan mengintip ketika dia dan suaminya melakukan hubungan intim,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya